Rasulullah S.A.W bersabda:"Pada hari kiamat Allah akan menghukum semua makhluk
dan semua makhluk terteku lutut(ketar lutut kowt). PAda hari itu orang yang pertama
sekali akan dipanggil ialah orang yang mengerti al-Quran, kedua orang yang mati fisabilillah dan yang ketiga ialah orang yang kaya.
Allah akan bertanya kepada orang yang mengerti Al-Quran:"Bukankah Aku telah mengajar kepadamu apa yang Aku turunkan kepada utusan-Ku?"Orang tu menjawab:"Benar Ya Tuhanku.Aku telah mempelajarinya di waktu siang."Allah berfirman:"Dusta!Kamu hanya mahu digelar sebagai Qari dan Qariah.Malaikat juga berkata demikian.
Datang orang ke-2, lalu Allah berfirman:"Kenapa kamu terbunuh?"Jawab orang itu:"Aku telah berperang untuk menegakkan agama-Mu."Allah berfirman: "Dusta!Kamu hanya ingin disebut pahlawan yang gagah berani dan kamu telah mendapat gelaran tersebut.Malaikat juga berkata demikian
Kemudian datang orang ke-3,lalu Allah berfirman:"Apa kamu buat terhadap harta yang Aku berikan kepadamu?"Jawab orang itu:"Aku gunakan untuk membantu keluargaku dan juga bersedekah."Lantas Allah berfirman:"Dusta!Kamu hanya ingin disebut dermawan dan kamu telah dikenali.Malaikat juga berkata demikian.Sabda Rasulullah lagi:"Ketiga-tiga orang inilah yang pertama-tama akan dibakar dalam api neraka."Hadis riwayat Bukhari dan MuslimWallahu'alam
0 comments:
Post a Comment